PETALING JAYA: Walaupun berbaki beberapa tahun sahaja lagi sebelum negara dijangka mencapai status 'negara tua' pada 2030, namun kemudahan untuk warga emas masih lagi tidak mencukupi, kata Ahli Dewan Negara Senator Datuk Ras Adiba Mohd Radzi.
Beliau berkata persediaan yang komprehensif perlu dilaksanakan sebelum 2030 dan seluruh lapisan masyarakat perlu memainkan peranan untuk menyediakan kemudahan serta persekitaran kondusif untuk warga emas.
"Saya berharapan lebih ramai lagi bersama-sama dalam usaha menyediakan populasi warga emas di negara kita menjadi populasi yang lebih berkeyakinan dan tidak rasa tersisih," katanya selepas merasmikan Festival Warga Emas yang pertama kali seumpamanya diadakan, di Atria Shopping Gallery di sini hari ini.
Jabatan Perangkaan Malaysia mengunjurkan negara dijangka mencapai status 'negara tua' atau 'aged nation' menjelang 2030 apabila 15.3 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk negara dijangkakan adalah berusia 60 tahun dan ke atas.
Pada festival diadakan sempena sambutan Hari Warga Emas Antarabangsa disambut pada 1 Okt, Ras Adiba yang juga Presiden OKU Sentral turut melancarkan aplikasi mudah alih Amazing Seniors, khusus bagi memenuhi keperluan warga emas di Malaysia.
Aplikasi berkenaan menyediakan maklumat lengkap mengenai kemudahan, aktiviti, khidmat nasihat dan barangan yang boleh dimanfaatkan oleh warga emas dalam menjalani kehidupan lanjut usia dengan lebih bermakna.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 30 2022
Senator Datuk Ras Adiba Mohd Radzi berkata persediaan yang komprehensif perlu dilaksanakan sebelum 2030 dan seluruh lapisan masyarakat perlu memainkan peranan untuk menyediakan kemudahan serta persekitaran kondusif untuk warga emas. - Foto BERNAMA
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 'Perjalanan terakhir Konstabel Muhamad Syafiq'
Linangan air mata ahli keluarga menyelubungi upacara pengebumian Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said pada Sabtu.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Polis nafi rakyat Singapura ditahan
PDRM menafikan seorang warga Singapura antara tujuh ditahan berkaitan siasatan serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada Jumaat.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 'Tunggu aku balik' - Rakan kenang pesan arwah
Ami acap kali berpesan kepadanya dan rakan-rakan yang lain supaya menantikan kepulangannya ke kampung halaman.
Lelaki disyaki ugut bunuh ibu bapa Naim Daniel ditahan
Polis menahan seorang lelaki di Kemunting, Perak selepas disyaki membuat ugutan bunuh kepada ibu bapa penyanyi dan pelakon, Naim Daniel di media sosial pada Jumaat.
Fokus Minggu Depan: Menangani dan memahami pemikiran ekstrem
Prof Dato Dr Muhammad Nur Manuty, Pengerusi IKIM
Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara kembali diadakan
Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara kembali diadakan semula di Istana Negara, di sini hari ini selepas terhenti seketika susulan penularan pandemik COVID-19 sejak 2019.
Microsoft minta pekerja mereka di China untuk berpindah negara
Antara pilihan yang diberikan termasuk AS, Ireland, Australia, dan New Zealand.
Sabah sasar 30 peratus penyertaan syarikat tempatan
Kerajaan Sabah menetapkan sasaran 30 peratus penyertaan syarikat tempatan berskala kecil dalam bidang industri melibatkan perkhidmatan minyak dan gas serta peralatan di negeri itu.
Keselamatan balai polis, sempadan seluruh negara dipertingkat
Kawalan keselamatan di balai polis seluruh negara terus dipertingkatkan dan sistem pertahanan sedia ada akan diperkemas susulan kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram awal pagi semalam
Raja Muda Perlis jadi Pemangku Paja Perlis selama empat bulan
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail akan menjadi Pemangku Raja Perlis selama empat bulan bermula pada 15 Mei lepas.
Kerjasama utuh mengukuhkan sistem perlindungan sosial peringkat ASEAN
ASEAN Social Security Association (ASSA) terus memainkan peranan penting dalam memperkuatkan sistem perlindungan sosial dalam kalangan negara-negara anggota menerusi kerjasama bersama ISSA.
Penubuhan Pusat Geriatrik bina sistem kesihatan mesra warga emas - Pakar
Dr A'isyah berkata, Malaysia perlu bersedia dalam pelbagai aspek perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berkualiti kepada warga emas.
KPWKM terajui perancangan dasar Malaysia hadapi status negara tua menjelang 2030
Pada 2030, dijangka sebanyak 15.3 peratus daripada populasi rakyat Malaysia berumur 60 tahun dan ke atas.
Ahli farmasi digesa lengkapkan diri untuk Malaysia menuju status negara tua
Peratusan penduduk berumur 65 tahun ke atas telah meningkat kepada 7.3 peratus berbanding tujuh peratus dalam tempoh hanya setahun.
Kemudahan warga emas tidak mencukupi menjelang status 'negara tua' 2030 - Ras Adiba
Walaupun berbaki beberapa tahun sahaja lagi sebelum negara dijangka mencapai status 'negara tua' pada 2030, namun kemudahan untuk warga emas masih lagi tidak mencukupi.
Penduduk Asia Pasifik menua lebih cepat, lebih 630 juta berumur 60 tahun ke atas - PBB
Menjelang 2050, jumlah penduduk berumur 60 tahun ke atas di Asia Pasifik diunjurkan meningkat kepada 1.3 bilion.
KPWKM komited perkukuh kerangka undang-undang berkaitan warga emas
Usaha itu sebagai mengiktiraf peranan yang dimainkan oleh semua golongan masyarakat.
Penuaan usia populasi: Turut beri kesan pada penyakit obesiti, diabetes
Pada tahun 2030, rakyat Malaysia yang berusia 60 tahun ke atas akan jauh melebihi rakyat Malaysia yang berusia 15 tahun ke bawah.
Hari Warga Emas: Jangan abai kebajikan warga emas
Kerajaan wajar beri tumpuan kepada warga emas, apatah lagi negara dijangka menjadi negara tua pada 2030.
Status negara tua dibangkit dalam Dewan Negara
Malaysia akan mencapai status negara tua pada tahun 2030 apabila penduduk berumur 60 tahun dan ke atas mencapai 15 peratus daripada jumlah penduduk.